MASYARAKAT MALAYSIA

Penggerak Malaysia memahami struktur masyarakat Malaysia sepertimana Model Masyarakat Penggerak Malaysia yang telah dibentang dan diluluskan di dalam Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Kali Pertama pada 2014 yang lepas. Model ini telah direka oleh YBhg Tuan Mohd Nazri Sahat dan telah menjadi asas kefahaman Penggerak Malaysia tentang 5 komponen penting struktur masyarakat Malaysia dan fungsi-fungsi yang harus dijalankan oleh setiap komponen tersebut.