SUKARELAWAN PENGGERAK MALAYSIA

Bagi membantu masyarakat yang menerima kesan COVID 19 ini dapat mengadu hal kepada seseorang, Penggerak Malaysia telah mengaktifkan Pusat Bantuan COVID19 Penggerak Malaysia mulai 1 April 2020.

Bagi menggerakkan Pusat Bantuan ini dengan berkesan, Penggerak Malaysia memerlukan Sukarelawan dari seluruh negara untuk berkhidmat sebagai Penyelaras Bantuan COVID19 Penggerak Malaysia.

Seramai 14 Ketua Penyelaras Negeri, 150 Ketua Penyelaras Daerah dan 576 Penyelaras DUN diperlukan seluruh Malaysia untuk berkhidmat secara sukarela kerana Allah swt untuk masyarakat.

Marilah bersama-sama kita membantu masyarakat dan kerajaan Malaysia memerangi COVID19 sepanjang tempoh PKP ini.

Sila isi Borang Sukarelawan di bawah Untuk Memohon Menjadi Sukarelawan Penggerak Malaysia Untuk Menjalankan Tugas Dan Tanggungjawab Selaku Penyelaras Bantuan Covid19 Penggerak Malaysia Sehingga 30 September 2020.

Terdapat 4 Tugas Dan Tanggungjawab Utama Seorang Penyelaras Bantuan Covid19 Gabungan NGO Penggerak Malaysia ini. Ianya Adalah :

  1. Mendengar Aduan Dari Masyarakat Samada Secara Online, Whatsapp Mahupun Bersemuka
  2. Menguruskan Kes-Kes Aduan  Dan Kilanan Yang Diterima Atau Diserahkan Oleh Ketua Penyelaras Di Peringkat Yang Lebih Atas
  3. Membantu Mengumpulkan Dana Melalui Sebaran Di Media Sosial Mahupun Melalui Penyerahan Surat Permohonan Kepada Pihak YB, Korporat Dan Para Dermawan Di Dalam Kawasan Masing-Masing
  4. Sentiasa Memberikan Laporan Gerakerja Kepada Ketua Penyelaras Dan Jawatankuasa Daerah, Negeri Dan Pusat Agar Semua Gerakerja Penyelaras Didokumentasikan Dan Dimasukkan Ke Dalam Laporan Induk Bantuan Covid19 Penggerak Malaysia
Semua Sukarelawan Yang Dilantik Selaku Penyelaras Bantuan Covid19 Penggerak Malaysia adalah tertakluk kepada Prinsip, Kaedah Dan Peraturan Perkhidmatan Yang Dikeluarkan Oleh Majlis Presiden Penggerak Malaysia Dari Masa Ke Semasa. 

MAKLUMAT LANJUT AKAN DIMASUKKAN KEMUDIAN

MAKLUMAT LANJUT AKAN DIMASUKKAN KEMUDIAN

MAKLUMAT LANJUT AKAN DIMASUKKAN KEMUDIAN

MAKLUMAT LANJUT AKAN DIMASUKKAN KEMUDIAN