SUKARELAWAN PENGGERAK MALAYSIA

Bagi membantu masyarakat yang menerima kesan COVID 19 ini dapat mengadu hal kepada seseorang, Penggerak Malaysia telah mengaktifkan Pusat Bantuan COVID19 Penggerak Malaysia mulai 1 April 2020.

Bagi menggerakkan Pusat Bantuan ini dengan berkesan, Penggerak Malaysia memerlukan Sukarelawan dari seluruh negara untuk berkhidmat sebagai Penyelaras Bantuan COVID19 Penggerak Malaysia.

Seramai 14 Ketua Penyelaras Negeri, 150 Ketua Penyelaras Daerah dan 576 Penyelaras DUN diperlukan seluruh Malaysia untuk berkhidmat secara sukarela kerana Allah swt untuk masyarakat.

Marilah bersama-sama kita membantu masyarakat dan kerajaan Malaysia memerangi COVID19 sepanjang tempoh PKP ini.

Sila isi Borang Sukarelawan di atas dan bacalah FAQ di bawah untuk memahami dengan lebih lanjut peranan kita selaku Penyelaras Bantuan COVID19 Penggerak Malaysia

BORANG PERMOHONAN MENJADI SUKARELAWAN