Instaappointment Image

MUQADDIMAH


NOTIS PENTING!!!

PERMOHONAN BANTUAN TELAH DITUTUP MULAI 8 APRIL 2020 KERANA PERMOHONAN TELAH MELEBIHI 450,000 KELUARGA


Pusat Bantuan COVID19 Penggerak Malaysia akan memberikan penumpuan kepada pengumpulan dana, pembelian pek-pek makanan dan pengagihan bantuan kepada keluarga di dalam senarai kami. Tiada permohonan baru diterima lagi.


F A Q

Sila baca sehingga selesai untuk memahami kaedah Bantuan COVID 19 Penggerak Malaysia ini dijalankan


ADAKAH BORANG BANTUAN COVID19 PENGGERAK MALAYSIA INI BOLEH DIEDARKAN LAGI?

Tidak Boleh. Permohonan telah ditutup!

ADAKAH WARGA ASING DAN WARGA PELARIAN BOLEH MEMOHON BANTUAN MELALUI BORANG INI?

Tidak Boleh. Permohonan telah ditutup

APA YANG BERLAKU KEPADA MAKLUMAT YANG TELAH DITERIMA OLEH PUSAT BANTUAN COVID19 PENGGERAK MALAYSIA?

Untuk semua permohonan yang telah diterima, maklumat anda akan dimasukkan ke dalam Senarai Pemohon Bantuan COVID19 Penggerak Malaysia. Maklumat yang dimasukkan adalah Nama Penuh, No HP, Alamat Rumah dan Bantuan Diperlukan.

Kami kemudiannya akan mengagihkan Senarai tersebut kepada Ketua Penyelaras Negeri/Daerah/DUN Pusat COVID19 Penggerak Malaysia di kawasan yang berkenaan.

Sukarelawan yang bertugas sebagai Ketua Penyelaras Negeri/Daerah/DUN untuk Pusat Bantuan COVID19 Penggerak Malaysia itu akan menyaring maklumat anda untuk memastikan hanya yang benar-benar memerlukan sahaja dikekalkan di dalam senarai penerima bantuan kami.

Kami ingin mengetahui adakah telah pernah dihantar sebarang bantuan ke rumah anda sebelum ini oleh pihak JKM/Pusat Zakat/NGO yang lain.

Sekiranya pernah dihantar, nama anda akan dikeluarkan dari list kami kecuali anda benar-benar memerlukannya.

Sekiranya belum pernah dihantar, Penyelaras kami akan menghubungi ADUN dan Ahli Parlimen Kawasan serta NGO lain di Kawasan untuk membincangkan  bantuan kepada anda?

Masa penerimaan bantuan adalah tertakluk kepada stok bantuan yang ada pada semua pihak yang membantu dan dana Tabung COVID19 kami..

Bagi membantu anda yang telah memohon, Penyelaras Bantuan kami  sekarang ini sedang giat menggerakkan usaha :

# mengumpulkan sukarelawan untuk bertugas di negeri/daerah/parlimen/dun,

# menjalankan kempen mencari dana

# menjalankan kempen kesedaran kepada golongan yang berkemampuan untuk membantu anda

# menyelaraskan agihan bantuan dengan semua pihak terlibat

Kami akan berusaha untuk membantu anda sedaya upaya kami. Justeru itu bersabarlah dengan sekuatnya dan tenangkanlah ahli keluarga yang lain.

Kami memohon agar anda bersabar menunggu bantuan disampaikan ke rumah anda. Berdoalah kepada Tuhan Yang Maha Berkuasa agar usaha kami untuk membantu anda ini dipermudahkan.

Bantuan akan diperolehi daripada siapa dan dari mana?

Bantuan diperolehi melalui Penggerak Malaysia dan Sahabat NGO COVID19 Penggerak Malaysia

Kerahsiaan Maklumat Peribadi

Semua maklumat peribadi yang diperolehi hanya untuk kegunaan Pusat Bantuan COVID19 Penggerak Malaysia